Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PLUS: Trafik Dijangka Sesak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mula sesak setakat...

Penghuni Dua PPR Di...

SEREMBAN: Lebih RM3.3 juta tunggakan bayaran sewa membabitkan dua Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Desak Tangguh RUU Ubah...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mendesak supaya...

Zamihan Minta Khalid Samad...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat...

JPJ Pahang Tempatkan 200 Anggota Di Lokasi Terpilih

KUANTAN – Dua ratus anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan ditempatkan di setiap 30 kilometer jalan-jalan utama negeri, dalam Ops Tahun Baharu Cina yang bermula 12 hingga 27 Feb.

Pengarahnya Mark Ujin berkata sepanjang tempoh berkenaan anggota terlibat akan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan di 24 lokasi yang telah dikenal pasti di negeri ini.

“Menerusi penempatan anggota JPJ di beberapa lokasi terpilih ini, diharap dapat memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk lebih berhati hati dengan mengikuti peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mark berkata sempena Ops Tahun Baharu Cina ini juga anggota JPJ akan turut berada di lampu isyarat jalan-jalan utama untuk merakam kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Katanya, mereka juga tidak akan berada secara kekal di satu-satu lokasi sebaliknya akan bergerak ke lokasi yang berlainan.

Dalam masa sama, Mark berkata JPJ akan turut mengambil pendekatan memanggil kesemua pengusaha dan pemandu bas di seluruh Pahang untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap tanggungjawab yang diberikan.


Katanya, selain pemeriksaan biasa mengenai keadaan bas, pemandu bas akan diberi peringatan terhadap kesalahan jalan raya.

Sementara itu, JPJ turut mengadakan Ops Motosikal di sini malam semalam dan memeriksa 780 unit pelbagai jenis kenderaan dan daripada jumlah itu, 65 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Dalam operasi selama empat jam bermula lapan malam itu, ia turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lapan individu dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah juga ditahan.

Dua puluh topi keledar serta 300 stiker pantulan cahaya turut diberi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Pahang kepada pengguna motosikal dalam operasi berakhir pukul 12 malam itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori