Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Cedera Bom Meletup...

BANGKOK - Dua orang cedera apabila sebuah bom kecil buatan sendiri meletup di...

Bunuh Anak Rakan Kerana...

TUARAN - Seorang remaja lelaki maut, manakala adik perempuan cedera parah ditetak dengan...

Perancis Mohon MLA Berkaitan...

Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara...

Ketepikan Masalah Dalaman, Jadikan...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Jumlah Pelancong Ke Singapura Merosot 2014

SINGAPURA – Ketika Malaysia bergembira meraikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan kedatangan lebih 26 juta pelancong di sebalik dua tragedi melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), lain pula halnya di Singapura.

Buat julung kalinya dalam sejarah industri pelancongan republik tersebut sejak 2009, jumlah kemasukan pelawat antarabangsa ke Singapura mencatatkan kemerosotan sepanjang tahun lalu, lapor stesen penyiaran tempatan pada Rabu.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam perangkaan tahunan terbaharu mendedahkan, sebanyak 15.1 juta pelancong asing melawat negara pulau tersebut pada 2014, kemerosotan sebanyak 3.1 peratus berbanding rekod kedatangan pada 2013.

Mungkin berasa malu dengan keadaan di luar jangkaan itu, STB sebaliknya menyalahkan isu-isu sosio politik serantau dan insiden nahas penerbangan melibatkan MAS yang berlaku tahun lalu adalah antara penyebab kepada penurunan tersebut.


Justeru STB menambah, para pelancong dari China – iaitu pasaran pelancong luar yang kedua terbesar di Singapura selepas Malaysia; mencatatkan kemerosotan terbesar sebanyak 24 peratus ekoran misteri kehilangan MH370 milik MAS pada 8 Mac 2014.

Walaupun jumlah kemasukan pelancong berkurangan, STB menyatakan, hasil pelancongan masih kekal mantap, dengan setiap pelancong lebih banyak berbelanja dan secara keseluruhan, mereka membelanjakan S$23.5 bilion (RM62.3 billion) di republik itu.

Pelancong dari lima pasaran utama – Indonesia, China, Malaysia, Australia dan India paling banyak berbelanja; di sebalik isu kekecohan penipuan beberapa peniaga kedai telekomunikasi di sebuah kompleks beli-belah utama di Singapura pada akhir tahun lalu.

Ironi, biarpun jirannya, Malaysia berdepan suasana sukar ekoran nahas udara melibatkan dua pesawat MAS tahun lalu, kedatangan pelancong asing masih bertambah dengan mereka berbelanja hampit RM70 bilion sepanjang berada di Malaysia. – Agensi

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori