Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Waspada, ‘Along’ Jerat Pencarum...

PUTRAJAYA - Sasarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menawarkan pinjaman mudah...

Terengganu Akan Berusaha Tuntut...

Marang: Terengganu akan terus berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau Wang Ehsan...

Pengotor Betul! Manusia ke...

ADATLAH... Apabila sudah sewa rumah orang tu, maka haruslah menjaga milik tuan rumah...

Hanya JDT Mohon Jadi...

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya menerima bidaan daripada Johor Darul...

Kadar Jenayah Di Perlis Terus Catat Penurunan

KANGAR – Kadar jenayah di Perlis mencatatkan penurunan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2012, kata Timbalan Ketua Polis negeri ACP Md Zukir Md Isa.

Beliau berkata pada tahun 2012, sebanyak 987 kes jenayah direkodkan manakala pada 2013, jumlah kes menurun kepada 863 kes dan bilangan itu terus menurun sebanyak 75 kes menjadikan jumlah kes jenayah tahun lepas adalah 788 kes.

“Kira-kira 50 peratus kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh itu adalah kes kecurian motosikal selain pecah rumah dan jenayah jalanan seperti ragut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah-terima jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Negeri yang baharu di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Bekas KJSJ Polis Muar Supt Azahar Muda dilantik memegang jawatan itu.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Rusli Yahya berkata polis Perlis mengeluarkan sebanyak 2,336 saman sehingga semalam dalam ‘Ops Selamat’ bersempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bermula 12 Feb lepas.

Beliau berkata kebanyakan kesalahan adalah memandu laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan tidak mematuhi lampu isyarat.

“Keseluruhan keadaan lalu lintas memuaskan, hanya 47 kemalangan berlaku dan tiada kemalangan maut dicatatkan setakat ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori