Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ramlee Minta Rakyat Sabah...

SEMPORNA - Rakyat Sabah perlu mengekalkan kebersamaan dalam meraikan Hari Kebangsaan negara di...

Lanjut Reman Bekas Pegawai...

PUTRAJAYA ā€“ Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan perintah reman bekas pegawai...

2 Remaja Wanita Dakwa...

2 Remaja Wanita Dakwa Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan! http://t.co/HUCUaHg1UV @Azizulhelmy @hafizkenny @HimpunanLawakƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā...

Selamat Pergi & Kembali...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar jemaah haji...

Kafa Mahu Penyokong Kelantan Bersikap Profesional

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu semua penyokong The Red Warriors (TRW) bersikap profesional dalam memberi sokongan kepada pasukan Kelantan pada setiap perlawanan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sikap profesional itu termasuk sopan, berdisiplin dan menghormati azan serta lagu Negaraku dan negeri Kelantan sewaktu berada di stadium.

Beliau turut menyeru penyokong TRW menyertai sorakan Ultras Kelantan dalam satu nada satu suara dengan menghafal lirik sorakan untuk menaikkan semangat pasukan itu.

“Kita gegarkan dengan satu nada, satu stadium dan satu suara. Rentak Gomo Kelate Gomo, TRW Marching In dan Barisan Kita antara tiga lirik mudah yang boleh dinyanyikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Annuar dalam pada itu memaklumkan Kafa melantik seramai 100 sukarelawan sebagai pemantau dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, beliau mahukan pengurusan perlawanan yang baik, teratur dan kemas dalam semua aspek termasuk kawalan tiket di pintu masuk stadium, kawalan keselamatan dan protokol serta pengurusan sistem bunyi, `scoreboard’ dan `LED board’. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori