Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maahad Tahfiz Diperintah Bayar...

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi...

Moral, Akhlak Perlu Jadi...

JITRA - Pendidikan moral dan akhlak perlu menjadi urusan utama pendidikan negara dalam...

RM25,000 Setiap Pemain, Isnin...

PETALING JAYA - Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah...

Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah...

KUALA LUMPUR - Pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga...

KAFA Perlu Peruntukan Lebih RM10 Juta Tahun Ini

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan peruntukan lebih RM10 juta untuk menampung perbelanjaan mengurus pasukan itu musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan itu diperlukan bagi memastikan pasukan The Reds Warriors (TRW) kekal kompetitif dan sentiasa memberi saingan kepada pasukan lain.

“Kami menerima penajaan daripada 23 syarikat musim ini, merangkumi 11 penaja utama dan 12 rakan perniagaan. Saya dapati jumlah penajaan setakat ini hanya mampu menampung 50 peratus kos operasi pasukan.

“Kos pengurusan dan membawa pemain yang berkualiti ke pasukan ini membabitkan kos yang tinggi, kami beranikan diri demi menghidupkan cabaran pasukan Kelantan dalam liga,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan penaja dan pelancaran jersi TRW 2015 di sini hari ini.

Annuar berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi mendapatkan dana untuk menampung perbelanjaan pasukan musim ini.

Sementara itu, KAFA membuka peluang kepada Felda United untuk berunding mengenai status penyerang Harimau Muda, Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir.


Annuar berkata jawatankuasa pengurusan KAFA yang bermesyuarat telah memutuskan mengambil ketetapan bahawa tonggak Harimau Muda itu sah milik TRW.

“Ferris sah milik Kelantan seperti yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dan kami akan memaklumkan kepada FAM mengenai kedudukan terkini status pemain berkenaan.

“Kami membuka ruang kepada pihak berkenaan sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, mereka boleh datang untuk berbincang dengan KAFA dan kami sedia menerima kunjungan mereka,” katanya.

Pemain itu dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama Felda United meskipun Kelantan telah mengumumkan bahawa penyerang Harimau Muda itu ada dalam perancangannya musim ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori