KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penyokong The Red Warriors (TRW) membawa mafla dan bendera Kelantan pada setiap perlawanan pasukan itu.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyokong Kelantan juga diminta mengikut sorakan dan nyanyian Ultras TRW semasa berada di stadium.
“Penyokong Kelantan digalakkan membawa mafla dan bendera Kelantan untuk dijulang bila lagu negeri dan negaraku dimainkan.
“Semua penyokong digalakkan ikut menyanyi/chanting dan memakai jersi merah pasukan,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Annuar turut meminta penyokong TRW memberi ruang kepada set gendang dan anggota Ultras TRW di stadium untuk membuat sorakan. – mynewshub.cc