Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dirogol, Kayu 24cm...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah meninggal dunia dalam...

Mangsa Banjir Di Pitas...

Pitas : Jumlah mangsa banjir bagi daerah Pitas meningkat kepada 719 orang membabitkan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis...

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga...

Tradisi Pelita Raya Hiasi...

KUALA LUMPUR - Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama...

Kalau Ada Elaun Ratu Dangdut, Amelina Sanggup Bertarik Rambut!

PENGHUJUNG tahun lalu dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan semula ratu dangdut, Amelina selepas sekian lama dia menghilangkan diri apabila memutuskan untuk berundur kira-kira 15 tahun lalu.

Perhatian sudah tentulah ditujukan kepada Amelina kerana banyak pihak mengakui, irama dangdut Malaysia ibarat hilang serinya setelah dia hilang dari industri.

PANAS! Ifa Raziah Tak Terkesan Dengan Comeback Amelina

Bagaimanapun seorang lagi penyanyi dangdut negara, Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan ‘berani mati’ apabila berkata, comeback yang dibuat Amelina kurang dirasai kerana penyanyi itu hanya menyanyikan lagu-lagu lamanya dan tidak mengeluarkan single baru.

Kepada wartawan Mynewshub Ifa turut memaklumkan, dia enggan ambil pusing tentang isu tersebut kerana tidak meninggalkan impak baginya.

image (1)

Memetik kenyataannya, “Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul la, takde siapa menghalang pun. Takde dia ke, ada dia ke, sama sahaja, takde beza pun pada saya.

“Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.”

Membalas kenyataan penyanyi lagu Gemerincing Rindu itu, Amelina mengambil jalan positif apabila enggan memanjangkannya.

Ujarnya seperti yang disiarkan Astro Gempak, “Saya tidak ambil hati pun. Tak mengapa jika dia kata saya sudah tidak relevan. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut.


“Dia berhak menyuarakan pandangannya… Lagipun, setiap individu mempunyai pandangan berbeza,” ujar Amelina.

Tambah ibu enam anak itu, dia muncul kembali dalam industri hanya atas dasar ingin menyara kehidupannya dan anak-anak yang masih bersekolah.

“Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun.

“Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya disusuli tawa.

Ouch…memang kedengaran lucu namun sebenarnya terkandung sindiran tajam yang memang menusuk kalbu!

– MYNEWSHUB.CC

Persembahan Amelina Di Program Gegar Vaganza

https://www.youtube.com/watch?v=rzKGI1EuIK4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori