Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

88 Pulih, Tiada Kematian,...

TIADA kes kematian berkaitan virus Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat...

UMNO Runtuh, PAS Perlu...

ALOR SETAR - PAS menyifatkan krisis yang melanda UMNO kebelakangan ini telah meruntuhkan...

Pelakon Gerak Khas ‘Takde...

TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor...

Gempa Bumi: Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak...

Kanak-Kanak 2 Tahun Perlukan Sumbangan Jalani Pembedahan Hati

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidapi penyakit hati ‘Biliary Atresia’ memerlukan pembedahan dengan segera bagi mengelak kerosakan organ dalaman yang lain.

Muhammad A’Ariz Daniel Mohd Zamani dari Taman Mergong Jaya Fasa II memerlukan dana kira-kira RM200,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan hati di sebuah hospital di New Delhi dalam masa terdekat.

Bapanya Mohd Zamani Mohd Azizan, 36, berkata penyakit kegagalan hati anak lelaki beliau dikesan ketika berusia dua bulan selepas dilakukan pemeriksaan oleh pihak hospital.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut hospital mendapati saluran hati ke hempedu anaknya tersumbat dan pembedahan membuang hempedu telah dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika anaknya berusia 72 hari.

“Limpa anak saya semakin membengkak dan doktor sarankan pembedahan hati dilakukan segera agar penyakit beliau tidak kronik dan melarat ke organ-organ lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Mohd Zamani berkata pendapatannya dan isteri yang bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) tidak mampu untuk menampung keseluruhan kos pembedahan di India, penginapan, pengangkutan dan ubat-ubatan.


Isterinya Safinatul Hayah Abdullah Sani, 38, berkata doktor pakar pernah memberitahu sekiranya pembedahan tidak dilakukan dengan segera berkemungkinan jangka hayat anaknya tidak lama iaitu dua atau tiga tahun sahaja.

Katanya cadangan melakukan pembedahan di India disyorkan oleh seorang rakan di Perak yang anaknya mempunyai masalah penyakit sama tetapi pulih selepas melakukan pembedahan di India.

Safinatul Hayah juga berkata beliau akan menjadi penderma hati kepada anaknya selepas ujian mengesahkan hatinya bersesuaian dengan apa yang diperlukan oleh anaknya.

“Saya hanya mahu anak saya sihat dan kembali normal seperti kanak-kanak lain dan saya berharap pembedahan dapat dilakukan dengan kadar segera. Anak saya seorang yang aktif dan dari segi luaran tidak nampak dia berpenyakit,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Safinatul Hayah di talian 012-4426642 atau menggunakan akaun Maybank di 102064087349 (Safinatul Hayah Abdullah Sani ) atau akaun CIMB Bank 02110021125523 (Safinatul Hayah Abdullah Sani). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori