Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JPJ Buat Laporan Polis...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis berhubung isu tindakan seorang...

GST Tak Buat Sewa...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk...

Dera: Abang, Jiran Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Pihak polis akan memanggil beberapa saksi termasuk abang mangsa bagi...

Asrama Lelaki SMK Lui...

SEREMBAN - Tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat, Felda Lui...

Cari Ipod Jumpa Pistol, Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa

New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tangan ibunya ketika dia mencari iPod.

Selepas menemui pistol terbabit, kanak-kanak tersebut terus menembak satu das tembakan secara tidak sengaja ke arah Justin Reynolds dan Monique Villescas.

Peluru tersebut terkena punggung bapanya sebelum menembusi paha dan kemudian terkena bahu ibunya.

Mereka dikejarkan ke hospital. Meskipun kedua-duanya stabil namun kecederaan Villescas disifatkan sebagai serius.

Insiden tembakan berkenaan merupakan yang terbaru melibatkan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan di Amerika Syarikat.


Bulan lepas di Missouri, seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah tertembak mati adiknya yang berusia sembilan bulan selepas menemui pistol datuknya di rumah mereka.

Sementara di Idaho pula, seorang ibu meninggal dunia selepas anaknya yang berusia dua tahun telah mengambil pistol ibunya dalam beg tangan sebelum menembak, juga secara tidak sengaja ke arah wanita berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=H7tuEahi8VE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori