Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Tunggu Laporan Kesihatan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh daripada pihak hospital berhubung kes...

1MDB: Pengkritik Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Kritikan berterusan sesetengah pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Serangan Charlie Hebdo: Jangan...

CYBERJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan...

Pasangan Suami Isteri Disemadi...

GEORGE TOWN - Abu mayat pasangan Loh Yan Hwa dan suaminya warganegara Belanda,...

Kanta Lekap Kenyit Mata Boleh Zoom Tempat Jauh

LOS ANGELES – Pemakai kanta lekap tidak lama lagi mampu ‘zoom‘ seperti teropong untuk melihat benda di tempat jauh dengan lebih jelas lagi, atau membesarkan imej yang dilihat – caranya hanya dengan mengenyitkan mata.

Ini bukan khayalan atau cereka filem fiksyen sains, sebaliknya dijangka jadi kenyataan apabila mata pengguna ibarat memiliki mata ‘bionic’ selepas dipasang dengan kamera khas dilengkapi lensa jarak jauh.

Akhbar Amerika Syarikat (AS) melaporkan, saintis Switzerland kini sedang menghasilkan kanta lekap mengandungi teleskop kecil untuk meningkatkan daya penglihatan pengguna khasnya yang mengalami masalah rabun jauh.

Contoh visual daripada mata bionik seperti dalam filem aksi Terminator. – Gambar hiasan

Pengguna hanya perlu mengenyitkan mata, agar teleskop kecil itu mampu ‘zoom‘ bagi membesarkan atau mengecilkan imej, dan kanta lekap baharu itu cuma setebal 1.55 milimeter serta ada teleskop amat tipis – diaktifkan dengan kenyitan mata.

Prototaip kanta canggih tersebut didedahkan Eric Tremblay dari Ecole Polytechnique Federale de Lausanne di Switzerland ketika mesyuarat tahunan anjuran Persatuan Kemajuan Sains AS di San Jose, California pada Jumaat lalu.

Kanta futuristik itu pertama kali dikeluarkan pada 2013 dan kemudian diperbaiki dengan mengandungi kaca ‘bijak’ yang mampu memberi respons kepada gerakan semula jadi kenyitan mata – bukan kelipan mata – si pengguna tersebut.


Ini memudahkan seseorang dapat menikmati daya penglihatan yang dibesarkan atau kembali kepada normal dengan cara mudah: Hanya mengenyit mata kanan untuk mengaktifkan teleskop kecil dan mengenyit mata kiri agar teleskop tidak lagi aktif.

“Kami rasa kanta lekap ini banyak berpotensi membantu mereka yang mempunyai masalah daya penglihatan rendah dan AMD, sejenis penyakit mata disebabkan usia bertambah yang banyak menjejaskan golongan warga tua,” ujar Tremblay.

Kanta itu dapat membesarkan imej objek sebanyak 2.8 kali lebih besar, dan ini bermakna pesakit AMD mampu membaca dengan lebih mudah, dan dapat mengenal pasti wajah atau objek dengan lebih baik, hasil bantuan alat tersebut.

Penghasilan kanta lekap berkenaan dibiayai DARPA, iaitu salah sebuah bahagian utama kajian Pentagon atau Jabatan Pertahanan AS dan asalnya bertujuan untuk dijadikan bahan penglihatan bionik untuk askar tanpa memakai teropong. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori