Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 4 Nelayan...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat...

Rezeki Lepas 10 Kali...

SIAPA sangka selepas hampir 10 kali isterinya keguguran, akhirnya Datuk Fazley Yaakob dikurniakan...

Polis Sahkan Geledah Kediaman...

KUALA LUMPUR - Tiada tangkapan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia terhadap bekas perdana...

23 Penagih Syabu, Opiat...

ALOR SETAR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan menahan 23 penagih dadah dalam...

Kartunis Kontroversi Zunar Ditahan Reman Tiga Hari

KUALA LUMPUR – Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan siasatan ke atas Zunar, 52 secepat mungkin.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 oleh Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

BACA JUGA – Selain Nga Kor Ming, Zunar Juga Disiasat PDRM 

Semalam, Zunar dipercayai memuat naik komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.

Sehubungan itu suspek ditangkap di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.


Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu. – BERNAMA

Temubual Kartunis Zunar Di Kentucky, Amerika Syarikat

http://youtu.be/GwgznPQghdI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori