Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Budak Dipaksa Makan Mata...

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpaksa dipam perutnya selepas dia dipaksa makan...

Pahang Tiada Cadangan Ubah...

KUANTAN - Pahang tidak bercadang untuk mengubah had umur perkahwinan sedia ada di...

Khairy ‘Pujuk’ Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - Selepas ‘riuh’ berita Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Naib...

Anak Beranak Maut Kereta...

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya berusia dua tahun maut manakala...

Kasihan… Parkir Kereta P. Pinang Dikira Sampai Tengah Malam

Di beberapa laman blog hari ini, tersebar beberapa gambar kadar caj meletakkan kereta di Pulau Pinang yang dikira sampai tengah malam setiap hari.

Kadar bayaran letak kereta di negeri pimpinan parti DAP itu mula dikira bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 malam tanpa mengira hari cuti umum atau hujung minggu.

050215ParkingPenang_1 050215ParkingPenang_2 050215ParkingPenang_3

Cajnya ialah 40 sen setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya.

Difahamkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu caj parkir hanya dikira sehingga pukul 5 petang sahaja dan selepas itu parkir dikira percuma.

MENARIK – UMNO Bantah Kenaikan Cukai Pintu Di Pulau Pinang

Memang pun di Pulau Pinang, banyak kedengaran cerita mengenai kenaikan kadar bayaran antaranya cukai pintu yang mendapat bantahan banyak pihak di negeri itu.

Sebenarnya, memang agak berbeza apabila kadar parkir kereta dikira sehingga waktu tengah malam berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang hanya mengira kadar sehingga waktu petang.

Pada 23 Januari lepas, Mynewshub.cc melaporkan kejutan yang diterima penduduk pulau itu yang dikenakan caj tersembunyi sebanyak 90 sen bagi mereka yang menjelaskan bil air di pejabat Pos Malaysia.


Dalam laporan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Sri Pinang Soon Kok Wah berkata, penduduk negeri itu keliru dengan caj tambahan yang dikenakan ketika membayar bil di situ sejak 1 Januari lepas.

Difahamkan caj berkenaan dikenakan oleh pihak Pos Malaysia dan bukannya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA).

Pengguna keliru kerana jika benar ia dikenakan oleh Pos Malaysia mengapa caj berkenaan tidak diumumkan di seluruh negara tetapi hanya di Pulau Pinang sahaja.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Lagu Boria Sila Berkunjung Ke Pulau Pinang

http://youtu.be/y6YvUcd00YQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori