Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PN Teliti Punca Utama...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti...

Pemuda PAN Kecewa DAP...

KUALA LUMPUR - Tindakan DAP membantah langkah kerajaan menyekat peserta luncur angin dari...

Tawaran Harga Rendah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini...

MPS Nasihat Simpan Haiwan...

SIBU - Orang ramai yang tinggal di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dinasihatkan untuk...

Kastam Sabah Rampas Bunga Api Bernilai Lebih RM162,000

TAWAU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas sebanyak 1,448 kotak bunga api bernilai RM162,945 di sebuah gudang di Jalan Ranggu Batu 8, di sini, Rabu lepas.

Timbalan pengarahnya Yunos Tahir berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan angota bahagian penguatkuasan telah menyerbu gudang berkenaan pada 4 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati 1,448 kotak bunga api disimpan di dalam gudang berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat ketika serbuan itu, namun pihaknya telah mengenal pasti pemilik tanah dan gudang berkenaan.

Yunos berkata hasil siasatan, pihaknya percaya bunga api tersebut adalah untuk pasaran tempatan dan dijual sempena perayaan Tahun Baharu Cina.


Katanya rampasan bunga api itu merupakan tangkapan kedua di daerah ini, pada tahun ini.

Sementara itu, Yunus berharap orang ramai dapat terus memberi maklumat kepada Kastam sekiranya mengetahui mana-mana individu atau syarikat yang menyimpan atau memiliki bunga api dan mercun. – BERNAMA

Video: Kastam, UPP Rampas Mercun Bernilai RM168,000

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori