Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Personaliti Afrika Beli Keranda...

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui...

Perjanjian Dagang Rangsangan Utama...

KUALA LUMPUR – Perjanjian perdagangan telah memberi manfaat kepada negara pada tahap yang...

Agensi Di Bawah KKMM...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru agensi di bawahnya agar lebih...

Adi Putra Tepis Dakwaan...

PADA Disember tahun lalu, pelakon Adi Putra menerima perkhabaran pahit apabila isteri keduanya...

KDN, Jakim Jalin Kerjasama Tangani Penyebaran Hadis Palsu

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama bagi menangani fahaman dan kegiatan ekstremis yang disebarkan melalui hadis-hadis palsu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dilakukan kerana terdapat hadis-hadis palsu di laman-laman sosial terutamanya yang bertujuan untuk merekrut bakal-bakal pengganas termasuk yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.

“Ini termasuk dengan kes gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, kerana beliau telah terpengaruh hadis (palsu) yang dibaca itu adalah benar dan sahih,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Anggota Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran dan Lajnah Tafsir al-Quran di sini Khamis.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Remaja perempuan 14 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 18 Feb lepas ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir.

Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam.


Ahmad Zahid berkata walaupun KDN juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menangani isu itu namun ia masih tidak mampu untuk memantau setiap akaun media sosial di negara ini.

“Kita rasa tidak cukup dengan penguatkuasaan sahaja, tapi perlu ada kesedaran di kalangan orang awam itu,” katanya, sambil menambah KDN berhasrat bertemu dengan lebih 20 ulama yang pakar dalam bidang hadis untuk mengatasi permasalahan itu dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata JAKIM akan mengeluarkan senarai hadis-hadis palsu peringkat demi peringkat di laman sesawangnya dalam masa terdekat.

“Dunia sekarang semakin berkembang maju dan pendekatan dan orang ramai yang mencari maklumat juga berbeza terutamanya berkaitan dengan al-Quran dan hadis yang mana mereka lebih mencari melalui komputer dan media baru.

Namun melalui jalan inilah, kadang-kadang terdapat sumber-sumber tidak pasti yang direka termasuk hadis yang bukan bersumber daripada Rasullullah sendiri,” katanya.

Justeru katanya, melalui kerjasama itu, satu biro yang dikenali sebagai Lajnah Tahseh al-Quran KDN dibentuk untuk yang menggunakan kepakaran sedia ada dalam JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk menangani penyelewangan hadis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori