Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Nafi Dakwaan Cetus...

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau telah...

BN Kalah PRU14 Kerana...

JOHOR BAHRU - Kekalahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya...

BN Jamin Beri Perhatian...

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) memberi jaminan memberikan perhatian istimewa kepada Pengkalan Kubor...

Pendidikan Perlu Jadi Agenda...

MUAR - Ibu bapa diingatkan agar menjadikan pendidikan sebagai agenda penting dalam keluarga...

Kecoh Bila Peserta Ratu Cantik Hempas Tiara Pemenang

BRAZIL – Pertandingan ratu cantik Miss Amazon 2015 bertukar menjadi kecoh apabila seorang peserta merampas mahkota yang dipakaikan di kepala pemenang, lalu membuangnya ke lantai dalam satu kejadian yang mengejutkan ramai.

Kejadian berlaku ketika Carolina Toledo, 20, dinobatkan sebagai Miss Amazon 2015. Ketika itu Sheislane Hayalla, 23, tidak dapat menahan marah melihat kegembiraan Toledo.

Dia kemudiannya terus meluru ke arah Toledo, lalu membuang tiara itu ke lantai selain menuding jari dan menuduh Toledo membeli kemenangan berkenaan.

Ia memaksa penganjur mengutip semula mahkota tersebut dan kemudian memakaikan semula kepada Toledo, yang juga seorang pelajar perundangan.

Kejadian memalukan itu berlaku di Manaus, iaitu bandar terbesar di Amazon di pusat konvensyen.


Keesokannya, Hayalla mendakwa pesaingnya itu telah membeli anugerah berkenaan justeru dia tidak layak memegang gelaran Miss Amazon.

Namun Toledo enggan mengulas mengenainya dan hanya menyatakan ia merupakan satu perkara yang sukar dipercayai.

“Saya tidak mempunyai perkataan untuk menggambarkannya,’’ katanya.

Pemenang Miss Amazon ini akan mewakili negeri tersebut ke pertandingan Miss Brazil.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori