Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Alasan Shiha Guna Khidmat...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya,...

Julia Perez Masih Melawan...

SEPERTI mengharapkan kematian seseorang pula. Pengurus Jupe atau Julia Perez, Diana, menafikan spekulasi penyanyi...

Buggy Untuk OKU, Ibu...

KUALA LUMPUR – Grab selaku rakan rasmi perkhidmatan hailing Sukan SEA Kuala Lumpur...

Festival Belia Putrajaya 2015...

PUTRAJAYA - Festival Belia Putrajaya 2015 menekankan kepentingan penyediaan aktiviti berkualiti dan bukan...

Isu Thaipusam, 2 Ditahan Akta Hasutan Singapura

SINGAPURA – Polis mengesahkan dua orang, masing-masing seorang lelaki rakyat tempatan berbangsa Cina dan seorang wanita warga Australia berusia 22 tahun ditangkap pada 6 Februari lalu di bawah Akta Hasutan republik tersebut.

Kedua-duanya dipercayai pemilik portal berita antipemerintah The Real Singapore (TRS) dan ia sekali gus bercanggah dengan dakwaan pihak portal itu sendiri bahawa kononnya hanya seorang editor TRS dipanggil polis untuk membantu siasatan.

Dalam respons kepada soalan yang diajukan oleh stesen penyiaran milik pemerintah Channel NewsAsia pada Rabu, pasukan polis Singapura (SPF) mengatakan kedua-dua mereka itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Insiden kekecohan Thaipusam di Singapura baru-baru ini timbul ekoran satu keluarga Filipina mengadu bunyi bising daripada pemain dram urumee. – Gambar hiasan

Jurucakap SPF juga menyatakan kedua-duanya ditangkap kerana menulis komen-komen secara online “yang boleh menyebarkan niat jahat dan kebencian serta menggalakkan niat jahat dan permusuhan antara pelbagai kaum di Singapura.”

Di bawah Akta Hasutan Singapura yang jauh lebih keras berbanding jirannya, Malaysia sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$5,000 (RM13,300) atau dipenjara selama tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Penahanan tersebut susulan satu artikel sensitif disiarkan menerusi TRS pada 3 Februari lalu yang melaporkan kononnya sebuah keluarga Filipina bertengkar dengan sekumpulan penganut Hindu ketika perarakan keagamaan Thaipusam dekat rumah mereka.


BACA : Thaipusam Kekal Bukan Hari Cuti Umum Di Singapura

Thaipusam tidak diiktiraf cuti umum Singapura namun perarakan keagamaan Hindu itu dibenarkan sedangkan penganut agama lain dilarang berbuat demikian di republik itu. – Gambar hiasan

Bunyi bising daripada ramai pemain urumee, sejenis gendang kecil tradisional dua muka yang dipukul dengan tangan; menyebabkan anak kecil pasangan Filipina itu menangis dan mereka meminta pihak polis segera menghentikan perarakan tersebut.

Akibatnya berlaku kekecohan sebelum anggota SPF datang meleraikan pertelingkahan dan menahan empat orang kerana mengingkari arahan polis namun, ramai mengadu artikel TRS mengenai insiden itu agak berbaur perkauman.

Video eksklusif kejadian itu yang disiarkan TRS dikongsi lebih 6,500 kali dan ditonton 279,000 kali, sekali gus menyebabkan timbul desakan daripada penganut Hindu agar Thaipusam turut dijadikan cuti umum di Singapura.

Ratusan surat pembaca disiarkan akhbar popular TODAY ekoran kes itu untuk mengelak insiden sama berulang setiap tahun, tetapi pihak pemerintah menolak cadangan itu kerana tidak praktikal dan menyentuh sensitiviti penganut agama lain. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori