Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pertandingan Silambam Porr Kalai...

SEREMBAN - Majlis Silambam Porr Kalai Malaysia akan mengadakan Pertandingan Silambam Kor Malai...

Rampasan Dadah Sindiket M’sia...

BANGKOK - Polis Thailand menganggarkan dadah yang dirampas daripada 21 anggota sindiket rakyat...

Sebelum Balik Beraya Tutup...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan penggunaan elektrik sebelum...

TMJ Puji Kerajaan Negeri...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada...

Kedah Tidak Benarkan Anak Mudanya Dipengaruhi ISIS

ALOR SETAR – Kedah tidak akan membenarkan anak-anak mudanya dipengaruhi oleh sebarang fahaman ekstremis dan ganas seperti kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menghalang fahaman ekstremis dan radikal daripada bertapak di Kedah.

“Kerajaan Kedah dengan kerjasama polis, tentera dan pihak berkuasa lain akan menahan mana-mana individu di negeri ini yang cuba pergi ke Syria (untuk berjuang). Kita akan membiarkan mereka diadili oleh undang-undang,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini.

Menurut Mukhriz, Kedah boleh menjadi porak-peranda dan huru-hara kerana mereka yang pergi ke Syria untuk berjuang bersama-sama ISIS telah mendapat pelbagai latihan untuk mengendalikan senjata dan bahan letupan.

“Bayangkan jika mereka ini pulang ke Kedah,” katanya menambah, ada dalam kalangan anak-anak Kedah yang terpengaruh dengan fahaman militan ISIS dan pergi ke Syria telah menjadi pengebom berani mati.

Elemen fahaman ekstremis dan keganasan katanya, telah wujud di Kedah dan meminta rakyat negeri ini sentiasa berwaspada dengannya dan mengelak daripada terpengaruh dengan ajaran songsang itu.

Seorang anak Kedah yang telah pergi ke Syria untuk berjuang bersama-sama ISIS adalah Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin, yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah.


Allahyarham yang menguruskan Madrasah Nurul Hidayah di Kuala Ketil bersama adiknya, dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Bashar al-Assad di Syria tahun lepas.

Mukhriz juga menasihatkan penduduk Kedah supaya sentiasa berwaspada dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang berusaha menghasut pemikiran mereka sehingga memecah-belahkan perpaduan yang sedia terjalin.

Penduduk negeri ini katanya, diminta tidak terpedaya dengan dakyah dan hasutan yang cuba disebar oleh pihak-pihak terbabit kerana ia boleh menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi mereka.

Kerajaan negeri menurutnya, berusaha keras membangunkan Kedah dengan menarik pelaburan ke negeri itu dan mencetuskan projek pembangunan lain yang boleh menyemarak ekonomi negeri seperti cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim.

Bagaimanapun katanya, usaha itu berdepan kegagalan sekiranya rakyat Kedah bercakaran sesama sendiri akibat termakan hasutan dan dakyah yang cuba disebarkan pihak tertentu.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya dalam satu sidang media baru-baru ini berkata, polis sedang mengumpul bukti sebelum mengambil tindakan terhadap mana-mana madrasah yang terlibat dengan sebarang aktiviti militan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori