Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syria Care Salur Bantuan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Syria Care menghantar dana dan barangan makanan bernilai hampir...

Penyamun Sasar Pemandu Wanita...

GOLONGAN wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati apabila sekumpulan...

23 Artis Lama Ikuti...

SEPANG - Seramai 23 penggiat seni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Ayati Tasrip,...

Nilai Aset Melebihi Liabiliti,...

MELAKA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai nilai aset melebihi jumlah liabiliti...

Kekuatan Anggota & Aset Pertahanan Di Sabah Ditingkat

KUDAT – Kerajaan akan terus meningkatkan keupayaan pertahanan di Sabah dari segi keanggotaan dan aset bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menegaskan demikian, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata ini selaras dengan program pengukuhan perlindungan pertahanan negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015.

“Di antaranya mengembalikan skuadron jet pejuang Hawk ke Labuan, menambah anggota satu batalion di Tawau, menempatkan pesawat helikopter yang dilengkapi “gatling gun” di Lahad Datu dan memanjangkan lapangan terbang Lahad Datu bagi tujuan pangkalan hadapan,” katanya.

Abdul Rahim yang juga Anggota Parlimen Kudat berucap sempena majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Rahim turut menyampaikan angpau kepada 400 orang masyarakat Cina serta bantuan kepada 65 keluarga mangsa kebakaran sumbangan dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri(BAKTI).

Menurut Abdul Rahim inisiatif lain yang telah diambil termasuk menempatkan kereta perisai Gempita 8×8 iaitu aset terbaharu di Sabah, membina pangkalan hadapan luar pantai (sea basing) dan menempatkan ‘mobile sea base’.


Katanya, larangan pergerakan pada waktu tertentu di kawasan tertentu di bawah perintah berkurung juga akan diteruskan sehingga suasana menjadi stabil.

“Bagaimanapun rakyat diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan menyalurkan maklumat risikan kepada pihak berkuasa untuk mempastikan tindakan segera boleh dilakukan untuk menghadapi golongan penjenayah,” katanya.

Menurut Abdul Rahim pertempuran di selatan Filipina baru-baru ini akan sentiasa diawasi untuk memastikan ia tidak memberi kesan kepada keselamatan di Sabah.

Sementara itu, Abdul Rahim mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba memecah belahkan masyarakat melalui pelbagai bentuk hasutan.

“Kita harus berbangga kerana walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama tapi tetap dapat hidup bersama sebagai satu keluarga besar,” kata Abdul Rahim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori