KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berpuas hati dengan persembahan The Red Warrios (TRW) dalam aksi pertama Liga super 2015 malam tadi.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kemenangan 2-0 pasukan Kelantan ke atas ATM itu memang amat diperlukan oleh TRW sebagai satu suntikan semangat.
“Syukur Alhamdulillah. TRW amat memerlukan kemenangan ini untuk pemain mendapat suntikan aura yang dinantikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar dalam pada itu memuji pemain import baru Kelantan, Erwin Carrillo dan Isaac Pupo serta Hazrul Mustapha kerana sudah menemui rentak bagi musim ini.
Beliau turut memuji aksi hebat dipamerkan pemain TRW yang lain kerana semakin baik dan berharap mereka akan mencatat kemenangan seterusnya.
Kelantan semalam memulakan aksi pertama Liga Super 2015 dengan bergaya selepas menewaskan ATM 2-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi. – mynewshub.cc