Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Militan Al-Shebab Serang Hotel,...

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan militan al-Shebab ke atas sebuah...

Malaysia Airlines Catat RASK...

KUALA LUMPUR – Perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) Malaysia Airlines naik dua...

PAC & Isu 1MDB:...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau menuduh Yang Dipertua...

Belasah Isteri Dengan Hos...

ALOR SETAR - Hanya kerana cemburu buta, seorang suami tergamak membelasah isterinya dengan hos...

Geng PKR Menikus, Keluarga Mohon Pengampunan Agong

WOW, bagai drama Hindustan!

Di saat-saat akhir, pada hari penghabisan permohonan pengampunan daripada yang di-Pertuan Agong dibenarkan, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mengemukakan permohonan tersebut sebagai usaha terakhir memohon pembebasan daripada hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan liwat yang dijatuhkan terhadap beliau.

Perkara ini disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi laporan disiarkan portal The Malaysian Insider.

Fahmi dilaporkan berkata, permohonan tersebut telahpun dihantar ke Istana Negara sebentar tadi dan perkara ini turut diakui anak sulung Anwar, Nurul Izzah menerusi kenyataannya, “Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke istana.”

fahmi-fadzil

Begitu pun jika benar permohonan pengampunan daripada Agong dibuat hari ini, timbul persoalan mengapa rayuan dilakukan keluarga Anwar dan bukan menerusi PKR?

Mana taknya, semalam, Setiausaha Agung PKR sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak akan memohon pengampunan diRaja, malah katanya, Anwar juga tidak menyampaikan sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

TERDAHULU: Anwar Bakal Hilang Kelayakan Ahli Parlimen Esok?

rafizi_ramli_pkr_congress_2408_840_560_100

Tup-tup kurang 24 jam selepas itu, pusingan 360 darjah dibuat oleh ahli keluarga Anwar apabila mereka mengakui baru selesai memohon pengampunan bagi pihak Anwar.

Malah dalam laporan media semalam juga, Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata, kenyataan Rafizi itu sudah mencerminkan kesediaan parti itu mengerah jentera pilihan raya untuk turun padang bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

Amboi, belum pun kekosongan DUN tersebut diumumkan, dah ada suara-suara mengimpikan mahu duduk di kerusi yang ditinggalkan Anwar nampaknya!


image1-789746

Mengikut undang-undang Parlimen, Anwar akan kehilangan kerusinya dalam tempoh 14 hari selepas dijatuhi hukuman penjara namun sekiranya beliau membuat permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gelaran Ahli Parlimen masih miliknya sehinggalah keputusan permohonan tersebut diumumkan.

Bukan mahu menuduh situasi ini bagai bayangan kepada konspirasi pihak tertentu mahu membiarkan Anwar terus meringkuk dalam penjara, namun sebagai Penasihat PKR, di manakah keprihatinan terhadap nasib Anwar dalam parti itu selepas masa depan politiknya kian kelam?

Malah babak-babak ‘drama swasta’ sebenarnya sudah dapat dihidu kerana baik Azmin Ali, Rafizi Ramli mahupun rakan sekutu Anwar dalam DAP; tiada seorang pun mengeluarkan sebarang kenyataan yang membayangkan mereka mengetahui tentang tindakan keluarga Anwar memohon pengampunan diRaja pada hari ini.

Azmin terutamanya, sudah terlalu lama berdiam diri sejak menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor sedangkan dahulu, beliaulah manusia paling prihatin terhadap idolanya itu.

Apa pun dalam dunia politik, ia sentiasa tentang percaturan dan jika seseorang mampu naik selepas seseorang itu jatuh maka ia adalah peluang keemasan yang terlalu sukar untuk dilepaskan.

Bagaimanapun ini cuma teori, mari kita sama-sama lihat sama ada ‘praktikal’ yang akan dilakukan selepas ini menetapi telahan di atas atau pun tidak..?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video –  Khalid Samad Kata Anwar Tidak Salah Dan Tak Perlu Pengampunan Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori