Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kuala Terengganu Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Kuala Terengganu memasuki tahap tidak sihat dengan...

5,000 Pingat Olimpik Tokyo...

TOKYO - Ratusan orang menuju ke bangunan kerajaan Jepun di sini mendermakan telefon...

Skuad Khas Kastam Bantu...

SUNGAI PETANI - Skuad khas yang ditubuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula...

Pekerja Ladang Didakwa Rogol...

KUANTAN - Seorang pekerja ladang sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Keluarga Nik Aziz Ucap Terima Kasih Kepada FAM

KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menangguhkan perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan Lions XII berikutan kematian pemimpin PAS tersebut kelmarin.

Anak Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh berkata, keluarganya turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen BN Ketereh kerana mengusahakan penangguhan perlawanan itu.

“Terima kasih daripada kami sekeluarga buat FAM, Kafa, Eexco Belia Sukan negeri, Datuk Takiyuddin Hasan dan Tan Sri Anuar Musa yang capai sepakat penangguhan perlawanan bola sepak Liga Super antara TRW (The Red Warriors) vs Lions XII hingga malam esok sebagai menghormati perjalanan tuan guru ayahanda menuju tuhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan perlawanan Liga Super antara Kelantan menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan yang dijadualkan berlangsung hari ini ditunda ke Ahad.

Annuar dipetik berkata, perlawanan itu ditunda bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Nik Abdul bekas yang juga Menteri Besar Kelantan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori