PERUBAHAN dalam pengurusan akhbar Malay Mail telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan pembacanya, terutama golongan blogger.
BARKING MAGPIE (KLIK) sebagai contoh, mengutuk tindakan ahli lembaga melantik seseorang yang disifatkan penulis berkenaan sebagai musang berbulu ayam ke dalam organisasinya.
Selepas Leslie Lau yang sebelum ini berkhidmat dengan Malaysian Insider dilantik mengemudi laman versi digital akhbar tersebut tahun lalu, kini timbul khabar angin bahawa Pengerusinya, Dato Siew Ka Wei akan melantik Lau sebagai penyunting eksekutif akhbar Malay Mail pula.
Seorang Cina mengepalai penerbitan bahasa Inggeris yang khusus untuk bangsa Melayu?
Sejujurnya, tiada apa yang perlu dimarahkan jika keangkuhan Siew Ka Wei bermaksud Malay Mail akan dibanjiri dengan rakan-rakannya yang berbangsa Cina. Tapi persoalannya, daripada puluhan calon itu, mengapa Lau juga yang dipilih?
Pelantikan ini bukan sahaja menghairankan, malah menimbulkan spekulasi bahawa Siew Ka Wei sememangnya mempunyai agenda tertentu terhadap rakan baiknya, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
Bernaung di bawah portal berhaluan kiri sebelum ini, Lau bukan sahaja terkenal dengan sifatnya yang anti-kerajaan dan anti-Najib, beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan untuk sebuah akhbar Singapura dan dalam proses itu, telah memupuk dirinya untuk menjadi salah seorang pengikut setia Kalimullah.
Nama Kalimullah menjadi terkenal sedikit masa dahulu gara-gara pendiriannya yang bersifat anti-Najib kerana menganggap Najib sebagai ancaman kepada Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan bekas majikannya.
Seterusnya, timbul tanda tanya sama ada ‘kenaikan pangkat’ Lau dalam sidang pengarang Malay Mail ini dipersetujui Tan Sri Al-Amin, juga salah seorang sahabat lama Najib.
Dan di mana blogger politik terkenal Datuk Rocky Bru di saat-saat genting ini? Adakah beliau kini di tahap selesa tanpa perlu memikirkan kemelut politik yang menyelebungi persekitarannya? Sebagai ahli lembaga pengarah Malay Mail, bukankah beliau berhak untuk campur tangan dalam hal ini? Tambahan pula, Datuk Rocky Bru dan Kalimullah sememangnya bermusuh ketat.
Ataupun mungkin kita patut bersangka baik sahaja– mungkin Jabatan Perdana Menteri telah terlalu banyak terhutang budi dengan Siew Ka Wei kerana kerap menganjurkan permainan golf percuma selama ini.
Perdana Menteri seharusnya mendekati Siew Ka Wei secara peribadi bagi mendapatkan kesahihan terhadap khabar angin ini.
Jika tidak, segala usaha kelompok blogger pro-Najib yang berjuang untuk ‘menyelamatkan’ Najib daripada terus-menerus diserang oleh pihak pembangkang seperti Leslie Lau hanya akan menjadi sia-sia apabila salah seorang daripadanya telahpun menjadi  musuh dalam selimut.
PETIKAN: BARKING MAGPIE