Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Ahmad Maslan Menang...

Pontian : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memenangi kerusi parlimen Pontian...

Calon Gabenor Di Aceh...

BANDA ACEH – Enam pasang bakal calon gabenor dan timbalan gabenor Aceh untuk...

Mohd. Khalid: Saksi Kekejaman...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles BAGI generasi muda, bekas Juruiring Tentera kepada Perdana Menteri...

Anuar Zain Beralih Arah...

SUDAH menjadi trend artis Malaysia mengeluarkan jenama sendiri. Kebiasaannya, selebriti wanita mengeluarkan barang...

Kementerian Kesihatan Nasihat Jangan Pakai ‘Fake Braces‘

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan orang ramai terutama golongan muda supaya tidak membeli dan menggunakan pendakap gigi palsu kerana boleh mengundang risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, peringatan itu dibuat kerana terdapat trend dalam kalangan golongan muda masa kini membeli pendakap gigi palsu melalui internet untuk tujuan fesyen.

“Terdapat satu trend yang semakin meningkat, fesyen yang tidak sihat ke atas gigi. Golongan muda membeli pendakap gigi palsu itu melalui peruncit dalam talian, pasaran gelap, salun kecantikan atau gerai terbuka.

“Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ini fesyen yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DISYORKAN BACA –

Bahana ‘Fake Braces’, Bukan Cantik Tapi Cari Penyakit

Subramaniam berkata, terdapat laporan pendakap gigi palsu yang tidak disyorkan oleh pengamal pergigian dan bukan untuk tujuan rawatan itu mengandungi plumbum.


Menurutnya, antara risiko penggunannya adalah masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi beralih, karies gigi, kehilangan gigi dan penyakit lain.

“Walaupun reka bentuk dan warna yang menari, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan . Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku,” katanya.

Mynewshub.cc pada 4 Februari lalu melaporkan seorang doktor melalui entri beliau di laman sosial memaklumkan penggunaan pendakap gigi palsu boleh mendatangkan mudarat buat si pemakai jika tidak dipasang dengan betul.

Contoh kesan rawatan fake braces adalah gigi bergerak tidak terkawal, goyang dan akhirnya terpaksa dicabut.

Bukan itu sahaja, logam yang digunakan sebagai ‘pengikat’ gigi juga sebenarnya mampu membuat gigi si pemakai reput dan rosak kerana ia menggunakan bahan tidak berkualiti. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori