Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Empat Lelaki...

Ipoh : Polis memburu empat lelaki dipercayai orang upahan Along yang bertindak menyamun...

Jualan Koleksi Bunga Beauty...

Hello everyone! Okay... di sini kami ada berita baik buat semua hijabista di...

Kes Zahid: Pihak Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Selepas 99 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini...

Liga Malaysia 2017: Pasukan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah 90 peratus lengkap untuk...

Kenapa Ibu Bapa Ini Cacah Tatu Demi Anak Mereka?

LULUH hati pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan mereka dipandang sinis oleh orang ramai.

Honey-Rae yang berusia 18 bulan dilahirkan dengan tanda lahir kekal yang agak banyak di bahagian tubuh sebelah kanannya.

Tidak mahu anak mereka berasa tersisih dengan keadaan dirinya, pasangan itu membuat keputusan yang cukup luar biasa iaitu mencacah tatu yang hampir serupa dengan tanda lahir anak mereka.

Menurut Tanya, pengalamannya membawa Honey-Rae keluar bersiar-siar tanpa menutup tanda lahir di kakinya begitu mengecewakan apabila orang ramai memandang dan berbisik tatkala melihat bayinya.

“Biarpun ramai yang mengatakan tindakan kami agak ekstrem, tetapi kami perlu lakukan sesuatu agar Honey-Rae tahu bahawa dia amat disayangi meskipun berbeza daripada orang lain,” ujarnya, memetik laporan Mirror.


Walaupun Tanya mengakui pada mulanya kulit mereka mengalami kesakitan dan bengkak akibat tatu tersebut, dia tetap yakin bahawa itulah keputusan terbaik demi anak mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori