AMBOI, bukan main lagi pelakon Pekin bergaya dengan solekan dan pakaian wanita menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Tapi, jangan salah sangka pula…Pekin bukan saja-saja nak ‘memondan’ sebaliknya tampil sebegitu rupa kerana watak dalam filem terbarunya, Coverina yang bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Februari ini.
Menerusi Berita Harian Pekin memberitahu, itulah kali pertama dia membawa watak perempuan sepanjang 18 tahun karier lakonannya.
“Dalam filem ini, saya bukan jadi mak nyah atau pondan, tetapi perlu berpakaian wanita dan menjadi seorang gadis. Semuanya bermula selepas watak Kamal Ali pergi meminta kerja di sebuah kedai motosikal yang dimiliki bos wanita lakonan Siti Elizad.
“Kerana salah nama dari Kamal Ali tertukar jadi Kamelia, maka bermulalah perjalanan Kamal menjadi wanita. Nak tahu lanjut kenalah tengok filem ini nanti. Pada masa sama, Kamal memang meminati bosnya itu.
“Maka, terjebaklah Kamal untuk menyelami jiwa wanita dengan menyamar sebagai golongan hawa. Kalau nak tengok Pekin menyamar jadi wanita bawa superbike, kenalah tengok cerita bergenre komedi bertajuk Coverina,” jelasnya.
Selain Pekin, pelakon Fizz Fairuz juga pernah membawakan watak perempuan dalam filem Mat Tudung yang kami kira boleh tahan hebatnya.
Kali ini, kita tunggu kehebatan Pekin pula…awww! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza