Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Dianggap Propa...

MENYEDARI kenyataannya dalam program realiti Oh Abang Kosmetik (OAK) telah memalukan peniaga kopiah, jutawan...

Gangguan Bekalan Air Kawasan...

SEREMBAN - Sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam...

Perak Cadang Kawasan NCER...

LUMUT - Perak mahu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperluaskan kawasan Wilayah...

PPDNKK Pahang Rampas DVD...

KUANTAN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang merampas 6,075...

Keputusan Adakan Pemilihan Semula Tepat – MIC Kedah

ALOR SETAR – MIC Kedah mahu semua pihak memberi sokongan penuh kepada siapa saja muka baharu yang akan menerajui kepimpinan MIC selepas pemilihan semula semua jawatan dalam parti itu diadakan, kata pengerusinya Datuk S. Ganesan.

Menyokong penuh cadangan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel semalam yang mahu mengadakan pemilihan baharu itu, beliau berkata langkah itu tepat pada masanya dan mampu menyelesaikan kemelut dihadapi parti berkenaan.

“Untuk parti kita kembali kuat, kita kena ikut apa yang termaktub dalam perlembagaan MIC, itu kunci utama sebenarnya,” kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Palanivel mengumumkan akan mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan daripada pelbagai peringkat dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.


Sambil berharap pemilihan tersebut dibuat secara telus, Ganesan turut berharap anggota parti supaya mengamalkan sikap matang dan bijak memilih bagi mengelak sebarang ketidakpuasan hati, kelak.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada Nov 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori