Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SKMM Bakal Tambah 30...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal menambah 30 lokasi...

Najib Beri Keterangan Di...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak hadir di Bukit Aman pagi ini...

Pornografi Kanak-Kanak: Polis Brazil...

RIO DE JANEIRO - Polis Brazil pada Selasa menahan 40 individu dalam dua...

‘Si Bawang Putih’ Berhijab...

"BAWANG Putihhhhhhhh! Apa kamu ingat kamu itu puteri raja di rumah ini?" Ha......

Kerajaan Akan Terus Tingkatkan Kecekapan Bantu Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatannya bagi membantu semua masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan juga akan terus menunaikan komitmennya terhadap gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara Malasyia yang bersatu padu bagi mencapai Wawasan 2020 yang semakin menghampiri sasarannya.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2015 yang dimuatkan dalam blognya NajibRazak.com, perdana menteri berkata Tahun Baharu Lunar itu adalah antara perayaan yang disambut secara besar-besaran di negara ini kerana ia mencerminkan permulaan kalendar baharu Cina dan sekali gus bermulanya lembaran baharu kehidupan.

BACA – Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gerakan P. Pinang 27 Feb

Katanya ia juga merupakan masa bagi keluarga dan sahabat handai untuk berkumpul dan bersuka ria sambil menghargai yang lama dan meraikan yang baharu.

“Hari ini, kita semua adalah tetamu…yang diundang ke rumah jiran daripada kaum Cina dalam semangat tulen 1Malaysia, untuk meraikan kekayaan tradisi budaya masyarakat Cina.

“Saya sekeluarga sentiasa menghargai layanan rakyat Malysia daripada kaum Cina, khususnya bersempena sambutan ini,” katanya.

Najib berkata Tahun Baharu Cina mengingatkan rakyat tentang kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara luar biasa, manakala kesepaduan negara ini terjalin melalui kepelbagaian etnik, bahasa dan kepercayaan.

“Kepelbagaian inilah yang kita raikan, hargai dan pertahankan,” kata beliau.

Najib juga mengalu-alukan kunjungan para pelawat ke negara ini pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan berkata: Walau di mana jua anda berada di negara kami yang indah ini, saya harap keunikan pemandangan, gema suara, suasana dan bau-bauan yang lahir daripada temasya ini akan memberi inspirasi kepada anda.”

Katanya, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina membuka lembaran baharu bagi Malaysia dan beliau berharap Tahun Kambing akan terus membawa keharmonian dan perpaduan kukuh kepada Malaysia.

“Dan semoga Tahun Kambing juga membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan kepada kita semua. Selamat Tahun Baharu. Gong Xi Fa Cai,” katanya.ƃā€šĆ‚Ā – BERNAMA

Lagu-Lagu Terbaik Tahun Baharu Cina 2015

http://youtu.be/Cnnfc7nwjXk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori