Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

LTTE: Kes CEO Dipindah...

ALOR GAJAH - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan untuk memindahkan...

Ada Pihak Tidak Puas...

KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf...

Produk Agromas Dalam Pesawat...

GOPENG - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berminat untuk menggantikan barangan makanan dan...

Lima Ahli MPT Bersatu...

SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Kerajaan Persekutuan Bersungguh Perkasa Mahkamah Syariah

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sedang berusaha bersungguh-sungguh memperkasa warga dan Mahkamah Syariah.

Katanya selain membina Kompleks Mahkamah Syariah, kerajaan juga sedang menggembleng tenaga untuk menambah baik struktur Mahkamah Syariah dari tiga tingkatan sekarang kepada lima tingkatan.

“Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya ada tiga tingkatan iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahmakah Tinggi Syariah dan Mahmakah Rayuan Shariah,” katanya dalam teks ucapannya pada majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Teluk Likas, di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut. Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, Jamil Khir menyifatkan tugas yang dihadapi Pegawai Syariah dan Mahkamah Syariah di Sabah lebih mencabar memandangkan persekitaran sosiobudaya masyarakatnya yang kompleks atas faktor kepelbagaian bangsa dan etnik serta kedudukan geografi berhampiran dengan Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina.

Katanya, di Sabah sahaja lebih 25 suku bangsa utama, ditambah dengan etnik dari Sarawak, suku-suku rumpun Melayu dari Indonesia, Brunei dan Filipina dengan iklim dan pola budaya hidup, adat istiadat dan kepercayaan masing-masing dan ini memberi implikasi terhadap pengurusan dan pentadbiran kes syariah.


Bagaimanapun, Jamil Khir menegaskan, walau apapun senario dan situasinya, yang penting umat Islam perlu suburkan Siyasah Syariyyah dan Maqasid Syariyyah agar hukum dan perundangan Islam dapat dimartabatkan.

“Oleh kerana itu, kita tidak merasa janggal atau hairan apabila Pegawai Syariah dan Mahkamah Syariah di Sabah ini lebih ke depan dalam beberapa bidang yang tidak dapat dijangkau oleh rakan-rakan di Semananjung Malaysia.

“Sebagai contoh, Sabah telah mendahului negeri-negeri lain dalam pentadbiran dan pelantikan Pentadbir atau Wasi bagi kes Harta Pusaka orang Islam. Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa tersebut dalam Seksyen 11(3)(b)(viii), Enakmen Mahkamah Syariah Sabah, tahun 2004 seiring dengan pemansuhan bidang kuasa hal ehwal faraid dalam Seksyen 9, Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah, tahun 1992,” katanya.

Menurut Jamil Khir, Sabah juga mendahului negeri-negeri lain apabila Mahkamah Syariah di Sabah telah mula memutuskan kes-kes anak angkat yang lazimnya diputuskan di Mahkamah Sivil melalui bidang kuasanya di bawah Seksyen Syariah Sabah, Tahun 2004.

Jamil Khir berkata kedua-dua bidang kuasa tersebut tidak wujud dalam mana-mana Enakmen Syariah di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori