Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Safuan Idam Hadiah Istimewa...

KUALA LUMPUR - Pemain boling padang negara, Safuan Said, mengintai tiga sambutan serentak apabila sukan...

Piala Dunia: Tamparan Hebat...

SEOUL - Korea Selatan yang hampir tersingkir dari Piala Dunia dan mempunyai peluang...

IJN Kesal Dakwaan Tidak...

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) menegaskan hospital tertiari itu tetap menerima...

Larian AXA Kumpul RM100,000...

KUALA LUMPUR - AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) menyumbangkan RM100,000 kepada lima...

Kerajaan Selangor Arah Siasat Sewa Atas Sewa PPR

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengarahkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) menyiasat dakwaan tindakan pihak tertentu menyewakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu kepada warga asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar A.Samad berkata, PPR hanya boleh disewakan kepada warga Malaysia, bukan warga asing.

“Menyewa kepada pihak ketiga (sewa atas sewa) juga tidak dibenarkan walaupun kepada rakyat Malaysia apatah lagi warga asing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iskandar berkata, LPHS diminta menyiasat dakwaan itu dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pula diminta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan perbuatan itu.


Menurutnya, sewa bulanan PPR adalah RM250 sebulan dan bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 kebawah adalah RM124 sebulan sedangkan sewa rumah yang sama di luar sehingga RM600 sebulan.

Justeru, katanya, adalah tidak adil jika rumah itu disewa atas sewa terutama kepada warga asing kerana senarai menunggu penyewa rumah PPR dalam kalangan rakyat sangat ramai.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori