Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Bau Asap Rokok, Papan...

KREATIF... Sebuah syarikat farmasi di Sweden tampil dengan iklan anti-merokok yang mampu 'berinteraksi'...

Impian Doktor Kahwin Ala...

ALAHAI, sweetnya majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini!Mana tidaknya, lain daripada lain, pasangan...

Isu ICERD: PM Patut...

RAGU... Pertikaian kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berhubung keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Kerajaan Tak Halang Kapal...

PELABUHAN KLANG - Kerajaan tidak merancang untuk menyekat kapal persiaran atau kapal kargo, daripada...

Kerajaan Warta 23 Pertubuhan Kongsi Gelap

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebanyak 23 pertubuhan di negara ini sebagai pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan di Malaysia mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Pertubuhan itu adalah Geng 3821, Geng Ngo Sek Kee, Geng Gee Hor Sia, Geng Chong Woh, Geng Gee Long San, Geng Gee It Leng, Geng Gee Hon San, Geng Guat Sam Sia, Geng It Tiam Ang, Geng Lian Heng Siah, Geng Ang Mor Low, Geng Sio Or Leng dan Geng Loong Foo Thong.

Turut diwartakan sebagai kongsi gelap adalah Geng 969 (Kow Lak Kow), Geng 32 Sar Jee, Geng Chaun San, Geng Fong Hong San, Geng Jin Jee Tong, Geng Gee Lam Kok, Geng Hong Fah, Knight Right Keepers@Kappa Rho Kappa, Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

“Pertubuhan ini menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap dan melakukan huru-hara.

“Terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan ‘Knight Of Right Keepers’ @ ‘Kappa Rho Kappa’ (KRK) dan sebagainya,” kata kenyataan itu hari ini.


Justeru kata KDN, tiada mana-mana pihak boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap terbabit sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Tambah kenyataan itu, tiada mana-mana pihak boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap terbabit.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan,” tegas KDN.

Sehubungan itu, KDN menyeru masyarakat memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang demi ketenteraman awam. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori