GENEVA – Dua tren berlanggar di Rafz, utara Zurich awal hari ini, menyebabkan beberapa penumpang cedera dan beberapa gerabak terbalik, menurut polis dan media.
“Berlaku kemalangan pagi ini, ia serius,” kata seorang jurucakap polis wanita tanpa memberikan butiran nahas.
Perlanggaran itu berlaku di stesen kereta api di Rafz, bandar yang terletak kira-kira 30 kilometer ke utara Zurich.
Media melaporkan beberapa gerabak terbalik.
Beberapa ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan perkhidmatan kereta api antara bandar Bulach dan Schaffhouse digantung. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=RHsDFOmClxA