Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adira Akui Hubungi Ruhainies...

BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan...

PM Dianugerah Ijazah Kehormat...

TOKYO - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah...

AirAsia Tambah Penerbangan Sempena...

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan dari...

Jong-nam: Kerajaan Buat Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat kenyataan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang...

Kes Denggi Di Pulau Pinang Catat Penurunan Minggu Lepas

GEORGE TOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 75 kes atau 42.4 peratus bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 102 kes denggi dilaporkan dari 15 hingga 21 Feb lepas berbanding 177 kes pada minggu sebelumnya iaitu dari 8 hingga 14 Feb.

“Secara kumulatif sehingga 21 Feb lalu, sebanyak 1,010 kes denggi dilaporkan berbanding 348 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Dua kematian direkodkan tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Dr Afif berkata sebanyak 25 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang.

Belau berkata lokaliti wabak terkawal di daerah Timur Laut ialah Kuarters Polis Fasa 2; Greenlane Heights Apartment; Lengkok Dumbar; Solok Besi; Solok Dunlop; Taman Manggis; Taman Pinang; dan Fettes Park.

Afif berkata bagi daerah Barat Daya, lokaliti wabak terkawal ialah di Bandar Baru Teluk Kumbar; Kampung Matahari Naik; Flat Sri Bayu; dan Lintang Bukit Kecil; manakala di Seberang Perai Selatan ialah di Taman Sri Aman; dan Perkampungan Valdor.


“Lokaliti wabak terkawal di daerah Seberang Perai Tengah ialah Taman Kimsar; Taman Bukit Kecil; Permatang Tinggi; Kampung Baru; Taman Permata; Taman Selamat; dan Taman Machang Bubok; manakala di Seberang Perai Utara ialah di Bagan Ajam; Jalan Mohd Saad; Kampung Bagan Lebai Tahir; dan Taman Kapal,” katanya.

Beliau berkata terdapat tiga lokaliti titik panas dikenal pasti iaitu Jalan Hj Hashim Imam di daerah Timur Laut; Apartmen Lavina di derah Barat Daya; dan Jalan Batas Ben di Seberang Perai Selatan.

Dr Afif turut mengingatkan masyarakat supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes dengan melakukan pembersihan kawasan sekitar secara kerap setiap minggu.

Orang ramai yang mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan dinasihat supaya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori