Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Masjid Diconteng Cat...

HAWTHORNE - Dua masjid di bandar raya Hawthorne diconteng dengan cat dan sebutir...

Bawa Asean Dekat Di...

KUALA LUMPUR - Usaha merakyatkan Asean bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila...

FIFA Iktiraf Padang Bola...

KUALA LUMPUR - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang...

Mangsa Banjir Terpaksa Pecah...

Ada penduduk di Kampung Laloh di jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa bertindak memecahkan...

Kes Terima Ugutan: Ismail Sabri Serahkan Kepada Pihak Polis

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan ugutan yang diterima berhubung kenyataannya dalam laman Facebook baru-baru ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk membuat sebarang siasatan lanjut berhubung isu tersebut.

IsmailSabriDiugut_1
Antara ugutan yang diterima Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu perkara biasa… ada orang suka, ada orang tak suka dengan kenyataan saya. Ada orang yang sanjung saya… ada orang ugut saya. Itu normal. “Negara kita ada undang-undang, kalau ada orang mengugut, mereka (polis) patut ambil tindakan,” katanya dalam Sidang Akhbar Khas Menyokong Ismail Sabri yang dianjurkan oleh Ketua-Ketua Umno Bahagian dari seluruh negara di Kelab Tasik Putrajaya hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mahu beliau dipecat daripada jawatannya, Ismail Sabri berkata tindakan tersebut salah kerana pelantikan menteri adalah kuasa mutlak perdana menteri seorang.

“Itu salah tak ada siapa boleh minta perdana menteri pecat sesiapa.. pelantikan menteri adalah kuasa perdana menteri. Jangan sesekalipun gesa PM untuk pecat sesiapa,” katanya lagi.

DSC_9849

Dalam pada itu, perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan mengeluarkan kenyataannya petang ini berhubung isu kenyataan Ismail Sabri yang menyarankan pengguna agar memboikot peniaga yang berdegil kerana tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah diturunkan pada Ahad lalu.

Ismail Sabri yang sebelum ini pernah memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyarankan orang ramai melihat kenyataannya daripada sudut yang lebih luas dan positif.

“Kita tengok keseluruhannya jangan tengok secara sempit. Saya difahamkan sekarang ini peniaga setuju turunkan harga akibat tekanan tersebut. Semua rakyat mendapat manfaatnya,” katanya.


Kenyataan Ahli Parlimen Bera itu di laman Facebooknya berhubung isu peniaga yang degil untuk menurunkan harga barangan baru-baru ini dikecam sesetengah pihak kerana dikatakan sebagai rasis dan membawa kepada sentimen perkauman.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah 92 ketua Umno Bahagian dari seluruh negara yang menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kenyataan yang dibuat Ismail Sabri sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

pc

https://www.youtube.com/watch?v=Zet4PkXdjxM&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=JDHgCY95HqY&feature=youtu.be

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori