Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Paramedik Ambil Kesempatan Curi...

SEORANG anggota paramedik di Devon, England dihukum penjara kerana mencuri dompet milik seorang...

KPDNKK Kaji Impak Pelaksanaan...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang membuat...

THT Rampas Semula Gelaran...

KUALA LUMPUR - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya merampas semula gelaran juara Divisyen...

Pejuang Sudah Kemuka Rayuan...

PUTRAJAYA - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sudah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri...

92 Ketua Bahagian UMNO Sokong Kenyataan Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Seramai 92 ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung isu memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri itu telah dimanipulasi sehingga ramai berpendapat kenyataan tersebut berbaur rasis.

“Kami selaku ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Ismail Sabri.

“Hal ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang untuk meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan disebabkan kenaikan kos sara hidup yang tinggi kesan kenaikan bahan api tersebut.

“Namun begitu, apabila harga bahan api diturunkan sehingga paras terendah dalam tempoh 10 tahun, tidak kedengaran pula suara-suara pembangkang yang menuntut pengurangan harga barangan,” katanya dalam Sidang Akhbar Khas Menyokong Ismail Sabri yang diadakan di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini.

Mereka yang hadir pada sidang akhbar itu juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang menyelar kenyataan Ismail Sabri.

“Pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya bentuk kerjasama Ketua Pemuda MCA dengan DAP. Dia perlu menjawab kenapa dia sanggup duduk semeja bersama DAP sehinggakan sanggup meminta Perdana Menteri menggugurkan Ismail Sabri dari jawatan menteri.


“Dia tidak mempunyai hak mengarahkan Perdana Menteri kerana itu adalah hak mutlak Perdana Menteri yang melantik Perdana Menteri,” katanya.

Chong Sin Woon sebelum ini mempersoalkan kesesuaian Ismail Sabri sebagai menteri kabinet selepas kenyataannya yang menuntut pengguna memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang menjadi viral baru- baru ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=JDHgCY95HqY&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=Zet4PkXdjxM&feature=youtu.be

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori