Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pembantu Gerai Nasi Lemak...

PETALING JAYA - Seorang pembantu gerai nasi lemak dihukum penjara 12 bulan oleh...

Fattah Amin Mahu Jadi...

TAHUN lalu, namanya mula menjadi bualan hangat di bibir penggemar drama yang bukan...

Pelajar Dijangkiti ILI Meningkat...

IPOH - Sebanyak 71 orang pelajar dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI), menjadikan...

Bantuan Keluarga Malaysia Dibayar...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta...

Khalid Abu Bakar Nafi Lindungi 2 Anggota Didakwa Rogol Siswi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi dua anggotanya yang didakwa memeras ugut dan merogol siswi sebuah kolej.

Dalam sidang media di Maktab PDRM Cheras, Khalid menambah, pihaknya kini sedang dalam proses mengumpulkan bukti dan bakal berbincang bersama peguam negara bagi membuat pertuduhan ke atas individu tersebut.

[BACA ARTIKEL TERDAHULU: 2 Polis Ditahan Paksa Seks Oral, Rogol Siswi Dalam Tandas]

Selain itu, beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya kedua-dua anggota itu ditahan tugas dan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Memetik kenyataan beliau di portal Malaysiakini, “Kita tidak akan lindungi mereka. Kita akan kumpul bukti dan bila siap, kita akan bincang dengan peguam negara dengan tujuan untuk membuat pertuduhan.

Saya juga telah arahkan tindakan tahan kerja dibuat dan siasatan dalam terus dibuat.”

Ahad lalu, dua anggota polis ditahan kerana dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap seorang penuntut universiti berusia 19 tahun.


no-end-to-crime-in-up-man-rapes-16yearold-girl-in-muzaffarnagar_141014112917

Menurut mangsa, anggota tersebut mengambil kesempatan setelah dia dan teman lelakinya ditangkap sedang melakukan seks di dalam kereta pada 26 Januari lalu di Kota Damansara.

Sebagai ‘token’ menutup mulut, gadis tersebut dipaksa menyerahkan sejumlah wang dan habuan seks kepada anggota berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Polis Tak Lindungi Polis Didakwa Rogol Siswi – Tan Sri Khalid Abu Bakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori