Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jho Low Dalang Utama,...

KUALA LUMPUR - Berbeza sedikit nada berbanding dua hari lepas, Datuk Amhari Efendi...

11 Rumah Terjejas Dalam...

Pendang : Kira-kira 11 rumah di dua kampung di daerah ini rosak selepas...

Jihan Akui Bakal Berkahwin...

EMPUNYA nama Jihan Muse tiba-tiba menjadi perbualan hangat industri hiburan selepas muncul khabar...

KWSP Kemuka Permohonan Status...

KUALA LUMPUR ā€“ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status...

Kilang Perabot Rugi Hampir RM1 Juta Terbakar

ALOR SETAR – Sebuah kilang perabot dan kilang kasut yang terletak di dalam premis yang sama di kawasan perindustrian Mergong di sini musnah dalam kebakaran tengah hari ini, menyebabkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Anak pemilik kilang perabot, Teoh Boon Sin, 30, berkata ketika kejadian, tiada pekerja di dalam kilang tersebut kerana ditutup selama 10 hari bersempena Tahun Baharu Cina dan hanya dibuka semula Rabu ini.

Katanya kesemua barangan di dalam dua kilang yang beroperasi sejak 10 tahun itu musnah termasuk dua buah lori yang diletakkan di dalam kilang tersebut.

“Kebetulan saya lalu di kawasan itu dan saya nampak ada banyak asap. Saya terus ke tempat kejadian dan terkejut apabila kilang bapa saya yang terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Md Noor Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.07 tengah hari dan sampai pada jam 12.17 tengah hari.


Katanya lima buah jentera Bomba dengan kekuatan 34 anggota dikerah untuk mengawal kebakaran daripada merebak, dengan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 12.48 tengah hari.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu 144 anggota Bomba Sukarela dengan kekuatan 24 jentera.

“Kebakaran bermula dari kilang perabot terlebih dahulu sebelum merebak ke kilang kasut yang terletak berhampiran di dalam satu bangunan itu yang mengakibatkan 85 peratus bangunan itu musnah,” katanya.

Punca kebakaran sedang disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori