Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Parah Terlibat Pergaduhan...

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’...

Hamidah Lapor SPRM Tuduhan...

IPOH - Datuk Hamidah Osman hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

GST: 40% Aduan Tentang...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 815 aduan diterima mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Belanjawan 2023: Projek Jana...

PETALING JAYA – Projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, Jana Wibawa berjumlah RM7...

Kisah Cinta Fathia & Aiman Hakim Telah Berakhir

TIADA angin tiada ribut…tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan kisah putus cinta antara pasangan pelakon sama cantik sama padan, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza.

Ia disahkan sendiri menerusi pengakuan pelakon wanita berwajah Pan Asian ini dalam sebuah akhbar tempatan.

“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah…hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami tidak panjang,” ujar Fathia.

Capture aiman-hakim-ridza-101

Pada masa sama, Fathia akui masih menyimpan perasaan sayang terhadap pelakon kacak itu yang disifatkannya sebagai lelaki yang amat memahami dirinya.

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya.

“Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan takkan pernah memusuhinya,” kata Fathia.


Fathia yang lebih senang berahsia, bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar hubungan cinta itu berakhir.

fathia-e1422002194218

Baginya dia kini hanya mahu lebih fokus terhadap kerjaya.

Moga Fathia terus tabah menjalani hidup ini.

Apa pun percayalah, “kalau ada jodoh, tak ke mana.” -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=hhPm4u2IzC0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori