Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Perlu Sebulan Periksa...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi...

Pelanggan Luah BENGANG Di...

RAKYAT Malaysia mana yang tak sayangkan jenama kereta nasional negara Proton?Tapi sayang macam...

Doktor Maut Selepas Selfie...

SOLO - Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan...

Permohonan Perujukan 4 Individu...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan permohonan perujukan oleh empat individu...

Semangat!! Impian Si Kudung Untuk ‘Terbang’ Jadi Kenyataan

Akibat satu kecelakaan jalan raya dua tahun lalu, seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan di sebuah perkampungan kecil di wilayah Hubei, China, harus belajar untuk membesar tanpa kakinya setelah kedua-dua anggota itu terpaksa dipotong.

Walaupun kudung, Li Haifeng, 4, memiliki satu angan-angan iaitu untuk memiliki sepasang sayap yang mampu membawanya terbang tinggi.

Lantas itu, sebuah syarikat penerbangan, China Eastern Airlines cawangan Wuhan menunaikan hasrat kanak-kanak istimewa itu untuk terbang membelah awan, dan menjadikannya ‘pilot kecil’.

Minggu lalu, syarikat berkenaan menjemput Li dan kedua-dua ibu bapanya ke Tianhe Airport, Wuhan dan menyertai satu sesi penerbangan khas.

Bagi merasai sendiri pengalaman ‘terbang’, Li diletakkan di atas salah satu tempat duduk juruterbang dan diawasi ketika sesi tersebut berlangsung.

1502504_884518251599993_7630977227068081350_n

Ia merupakan pengalaman pertama kanak-kanak itu menyaksikan sebuah kapal terbang. Dia kelihatan sangat teruja,” ujar wakil syarikat berkenaan.

Tambahnya lagi, syarikat berkenaan juga bakal menaja tiket penerbangan buat ketiga-tiga beranak itu untuk pulang ke kampung halaman mereka selepas Li selesai menjalani sesi rawatan di bandar.

Menyingkap latar belakang keluarga tersebut, bapa Li hanya memiliki pekerjaan yang berpendapatan rendah, dan kini terpaksa berhenti kerana ingin memberi tumpuan kepada Li yang perlu menerima rawatan di tempat lain.

10978715_884518288266656_4120400883095646582_n 10959759_884518268266658_3757700771197993872_n

Keluarga tersebut juga terpaksa ‘bergadai’ bagi membayar kos rawatan anak mereka, dan sehingga kini, kira-kira 180,000 yuan (RM106,000) telah dibelanjakan.

Walaupun terpaksa menanggung beban hutang, saya tidak akan sesekali berputus asa untuk mengubati anak saya,” ujar bapa Li kepada sebuah akhbar tempatan.


Menurut doktor, situasi pemulihan Li masih belum dapat dipastikan dan semakin menjangkau usia, kanak-kanak tersebut bakal berhadapan dengan banyak cabaran.

Namun demikian, dalam jangka masa terdekat, Li bakal diberikan sepasang kaki palsu untuknya berjalan.

Kisah menghayat hati tentang Li mula diketahui setelah satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak menari sebuah lagu popular bertajuk ‘Little Apple’ di atas katil hospital mula tersebar di Internet.

Semangat dan sikap positif Li telah menyuntik inspirasi buat masyarakat di China, dan mereka kemudiannya menghulurkan bantuan untuk kanak-kanak tersebut menggapai cita-citanya untuk terbang.

Lebih 9,300 pengguna laman sesawang menyalurkan sumbangan berbentuk duit sebanyak 500,000 yuan sebagai sumber kewangan untuk rawatan selanjutnya.

Bukan itu sahaja, ada juga pihak menghantar sumbangan material seperti mp4, 2 mainan kapal terbang dan alatan lukisan buat kanak-kanak tersebut.

Awak akan sembuh. Apabila Tuhan menutup pintu, Dia akan membuka tingkap untukmu. Sebenarnya, kamu memiliki sepasang ‘sayap’ yang sangat cantik,” tulis seorang daripada penderma.

Ceritera tersebut sememangnya memberikan inspirasi buat ramai pihak khususnya mereka yang diuji dengan kekurangan, kerana percayalah, setiap kekurangan itu pasti akan ada kelebihan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 Persembahan Seorang Kanak-Kanak Lelaki Yyang Menarik Perhatian Masyarakat Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori