MENGGELENG kepala jadinya membaca drama sebabak yang menjadi viral di laman sosial hari ini.
Kisah seorang isteri yang ditengking dan dicaci oleh suaminya di khalayak ramai dalam sebuah pasaraya ini bukan sahaja memalukan malah sungguh mengecewakan.
Kejadian yang  disaksikan oleh Sarie Tanjung di Pasaraya Billion, Port Dickson ini  membuatkan ramai netizen khususnya kaum hawa meluahkan perasaan tidak puas hati dan marah terhadap suami berkenaan.
Bayangkan si isteri terkontang-kantang membeli barang keperluan sambil mendukung anak kecil, sang suami boleh pulak ambil endah tak endah.
Paling mengecewakan apabila sang suami mengutuk bentuk badan isteri dan meluahkan kekesalannya berkahwin dengan wanita yang telah bergadai nyawa demi melahirkan zuriat buatnya.
Haihh… kesian si isteri, sudahlah penat menguruskan rumah dan anak, sang suami langsung tidak hargai.
Apa pun, semoga kisah ini jadi pengajaran buat pasangan suami isteri yang lain agar lebih menghargai pasangan anda.
– MYNEWSHUB.CC
Video Sedih Luahan Seorang Isteri