Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Solat Bergelap, Sembunyi Selipar...

BACHOK - Aktiviti surau diteruskan di Kampung Pauh Lima dengan puluhan jemaah sanggup...

Cubaan Samun Gagal, Anjing...

CUBAAN sekumpulan lelaki untuk menyamun rumah sebuah keluarga di Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini...

101 Hari Diburu, ‘Ustaz...

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib seorang lelaki digelar...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Dituduh Komunis, Kit Siang Saman Blogger Syed Akbar

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengarahkan peguam memulakan prosiding sivil dan jenayah ke atas blogger Syed Akbar Ali kerana didakwa memfitnah beliau.

Kit Siang mendakwa Syed Akbar melalui akaun Twitter malam tadi memfitnah beliau komunis, anti-Melayu dan pencetus tragedi 13 Mei.

“Tweet Syed Akhbar turut memuatkan grafik menunjukkan saya berpakaian ala Mao Tse Tung mendakwa saya ‘Bapa 13 Mei’ dan menuduh saya menjadi pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Beliau membuat slogan saya anti Melayu dengan berbunyi, “MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA” LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kit Siang turut mendakwa grafik yang dikongsikan dalam Tweet Syed Akbar menyebut beliau membuat kenyataan-kenyataan berbaur perkauman semasa insiden 13 Mei.

Dakwanya, semua itu merupakan pembohongan jahat kerana beliau tidak pernah menyebut semua perkataan itu selama ini.

“Semoga keputusan saya untuk memulakan prosiding jenayah dan sivil terhadap Syed Akbar menyelamatkan Malaysia daripada ekstremisme,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori