Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Berita Buruk Untuk Barat,...

PRESIDEN China, Xi Jinping mengukuhkan dan melanjutkan kedudukannya sebagai Presiden apabila dewan meluluskan...

“Saya Sudah Nyawa-Nyawa Ikan...

BRISBANE - Walaupun jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang gagal menyumbang pingat...

Harga Siling Ayam, Telur...

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak...

24 Pusat Pemasangan RFID...

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di...

KL Bandaraya Kedua Paling Lestari Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur berada pada kedudukan kedua dalam Indeks Bandar Raya Lestari Asia Tenggara 2015 yang dikeluarkan oleh firma perunding antarabangsa, Arcadis.

Ibu negara Malaysia turut berada dalam kedudukan ketujuh di belakang Tokyo dalam Indeks Bandar Raya Lestari Asia Pasifik seperti yang diterbitkan oleh firma perunding tersebut baru-baru ini.

Seoul menduduki tempat pertama Indeks Bandar Raya Lestari Asia Pasifik diikuti, Hong Kong, Singapura, Sydney, Melbourne, Tokyo, Kuala Lumpur, Shanghai, Beijing, Jakarta, Manila, Mumbai, Wuhan dan New Delhi.

Pengarah Pembangunan Korporat Arcadis, Girish Ramachandran berkata, kelestarian dan pembangunan di Kuala Lumpur sememangnya berkait rapat.
“Kuala Lumpur juga harus fokus kepada bidang-bidang lain seperti kebajikan rakyat dan sosial. Kuala Lumpur bakal berdepan tekanan yang lebih hebat pada dekad-dekad akan datang untuk menambah baik sektor seperti kesihatan, pendidikan dan kualiti kehidupan, serta pembangunan di sekitar rangkaian pengangkutan, bekalan air dan sistem pungutan bahan buangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kenyataan itu memaklumkan indeks yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (Cenr) itu mengkaji tuntutan sosial, alam sekitar dan ekonomi untuk menghasilkan ranking indikatif melibatkan 50 buah bandar raya utama di dunia.

Menurut kenyataan itu, laporan 2015 mendapati tiada bandar utopia yang wujud setakat ini kerana para pemimpin negara perlu menguruskan keseimbangan kompleks di antara ketiga-tiga komponen utama kelestarian itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori