Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

FELDA Muktamad Hutang Peneroka...

KUALA KUBU BHARU - FELDA bakal memuktamadkan penyelarasan senarai hutang peneroka Mei ini. Menteri...

Obor-Obor Beracun Muncul Di...

MARANG - Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor beracun yang...

Azhar Harun Jangan Hina...

KOTA BHARU - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun yang melabelkan...

Malaysia Tewas Tipis Kepada...

MELAKA – Skuad Harimau Malaya tewas tipis 1-2 kepada Syria dalam aksi persahabatan...

Kontraktor Mati Dijerut Wayar Elektrik Di Ipoh

IPOH – Seorang kontraktor ditemui mati dalam keadaan lehernya dijerut wayar elektrik di kediaman keluarganya di Jalan Tiong Satu, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan Dua, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, Rais Ramzidi Rahim, 32, ditemui di atas sofa di bilik air rumah itu dengan keadaan lehernya dijerut.

“Rumah kediaman keluarga mangsa sedang dalam proses ubah suai ketika kejadian ini berlaku. Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 36 jam lepas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari orang awam pada 9.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh di ruang tamu sebelum dibawa ke bilik air yang bertutup tetapi tidak berkunci,” katanya.

Ahmad Termizi berkata siasatan awal mendapati, mangsa melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik bersama beberapa pekerja warga asing di rumah berkenaan.


Beliau berkata polis kini sedang giat memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kejam itu.

Katanya polis kini menyiasat dengan teliti dan pihaknya mendapat beberapa petunjuk mengenai suspek yang disyaki melakukan perbuatan itu.

“Namun, kita tidak dapat pastikan lagi sama ada warga asing yang bekerja dengan mangsa terlibat atau tidak. Semuanya masih dalam siasatan,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MATI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori