Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

CIDB Berkas 12 Buruh...

KANGAR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perlis memberkas 12 buruh asing dalam...

KKM Tingkat Saringan Kesan...

PENDANG - Kementerian Kesihatan akan meningkatkan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa di...

Dasar Gaji Minimum Mampu...

KOTA KINABALU - Pelaksanaan dasar gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai lalu,...

Polis Siasat Perhimpunan Bekas...

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat dakwaan terdapat satu perjumpaan serta perhimpunan dipercayai...

KPDNKK Bertemu BritishIndia & Pengurusan Suria KLCC Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pihak pengurusan Suria KLCC dijadual berlangsung hari ini berhubung arahan pemindahan lokasi premis fesyen tempatan, BritishIndia.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata pertemuan yang akan diadakan di pejabat beliau di Putrajaya itu juga akan dihadiri wakil daripada BritishIndia.

Katanya, pertemuan tiga penjuru itu merupakan usaha mencari jalan penyelesaian berhubung arahan pemindahan oleh pengurusan Suria KLCC kepada butik fesyen tempatan itu.

“Marilah kita bersama-sama bincangkan (perkara ini). Cuma saya minta ada persefahaman antara mereka. Lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, Isnin.


Baru-baru ini, pengurusan Suria KLCC dilapor mengarahkan BritishIndia berpindah ke lokasi lain di pusat beli-belah terkenal itu dan syarikat itu percaya ruang niaga yang didudukinya kini akan disewakan kepada jenama fesyen luar negara.

“Perkara ini juga ada kaitan dengan undang-undang dan perjanjian penyewaan. Ini yang kita akan lihat bersama esok (Selasa),” kata Hasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori