Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Seleweng Dana: 14...

KOTA KINABALU - Seramai 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan...

Kekurangan Integriti Dalam Individu,...

KUALA LUMPUR - Wujud keperluan untuk memperkukuhkan piawaian etika dan integriti individu serta...

UTM Hasilkan Produk Cegah,...

JOHOR BAHRU - Hasil penyelidikan empat tahun, tujuh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM)...

Ribut Petir, Angin Kencang...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di...

KPDNKK Tawau Rampas Barang Kawalan Lebih RM34,000

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggagalkan cubaan menyeleweng barangan kawalan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan petrol di Tawau Rabu lepas.

Ketua Cawangan KPDNKK Tawau Peter J.Berinus Agang berkata dalam serbuan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Batu kira-kira 10.30 pagi, pihaknya merampas 425 tong LPG dan 480 liter petrol bernilai RM34,066.

“Dipercayai kesemua barangan kawalan yang disita itu sedang menunggu proses pemunggahan ke destinasi ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya suspek dapat melarikan diri apabila menyedari kegiatan mereka dikesan pihak penguatkuasa.


Kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Difahamkan beberapa pendatang asing tanpa izin yang berkhidmat sebagai pengangkat barang di kawasan jeti berkenaan ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori