Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ringgit Diramal Alami Tekanan

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka terus ditekan oleh perkembangan berkaitan ketegangan perdagangan yang...

10,125 Kes Jenayah Rentas...

PORT DICKSON - Lebih 10,000 tangkapan atas pelbagai jenayah rentas sempadan di perairan...

Rabecca Nur Al-Islam Tayang...

BERTUAH sungguh empunya nama Rabecca Nur Al-Islam ini.Meskipun penglibatannya dalam dunia lakonan tampak...

Islam Akan Keciciran Jika...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah umat...

Kucing Selamatkan Tuan Dari Dipatuk Tedung Selar

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki terselamat daripada bahaya kehadiran seekor ular tedung selar di kawasan rumahnya di Kampung Bendang Kering, di sini disedari tujuh kucing peliharaannya, petang kelmarin.

Azman Zaidin, 57, berkata, ular yang panjang 3.6 meter itu dijumpai di bawah kerusi buruk yang diletakkan di halaman rumah.

Menurutnya, kira-kira jam 5 petang itu, dia keluar dari rumah dan melihat tujuh kucingnya berkumpul di satu tempat seperti sedang memerhatikan sesuatu.

“Saya pergi ke situ dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar sedang berehat di bawah kerusi buruk berkenaan.

“Saya terus pergi ke rumah jiran dan meminta mereka menghubungi bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Azman berkata, jika bukan kerana kucingnya, mungkin nyawanya boleh terancam kerana tidak menyedari kehadiran ular tersebut.

Jelasnya, lokasi ular berkenaan melingkar ada laluannya untuk ke tempat menyimpan alatan kebun.

“Kalau kucing-kucing saya tidak sedar kehadiran ular tedung tersebut, mungkin saya menjadi mangsa patukan reptilia berkenaan kerana saya kerap menggunakan laluan itu,” katanya.


Sementara itu, anggota JPAM, Rahimi Yang Rasidi mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk menangkap ularang tedung berkenaan.

Menurutnya, ular itu bersikap agresif dan JPAM terpaksa menggunakan beberapa orang untuk menundukkan reptilia berbiasa tersebut.

“Setelah berusaha beberapa minit, ular itu semakin lemah dan kita berjaya menangkapnya. Saiz ular itu yang agak besar juga menyukarkan kami menangkapnya kerana ia akan lebih agresif dan berbahaya.

“Ular tedung ini merupakan antara ular terbesar yang saya pernah tangkap,” katanya.

Sinar Harian Online

Video: Bomba Belajar Tangkap Ular Tedung Selar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori