PENYANYI yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga menghebahkan statusnya kini bergelar tunangan kepada kekasih hati, aktor Taylor Kinney.
Gaga atau nama sebenarnya Stefani Angelina Germanotta, 29, berkongsi khabar gembira itu di laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar cincin berbentuk hati yang diterima pada sambutan Hari Kekasih, Sabtu lalu.
Pasangan ini mula berpacaran sejak 2011 selepas berkenalan di set penggambaran muzik video lagu hits Gaga, You And I.
Sebaik berita ini dihebahkan Gaga dibanjiri ucapan tahniah menerusi hashtag “CongratsGagaAndTaylor” yang kemudiannya menjadi trending di laman Twitter.
Congrats Gaga dan Taylor! – MYNEWSHUB.CC