Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perak Tawar Diskaun Kompaun...

IPOH – Kerajaan negeri menawarkan diskaun 70 peratus ke atas semua kompaun parkir...

Crackhouse ‘Tidak Jadi’ Cabar...

KUALA LUMPUR: Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan...

Idris Jala Nafi Akan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala menafikan beberapa...

Turki Minta Bukti Wartawan...

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan mencabar Arab Saudi agar membuktikan wartawan yang hilang...

Laluan Lojing – Gua Musang Kembali Beroperasi

KUALA LUMPUR – Laluan FT185 Lojing – Gua Musang yang ditutup sejak 24 Disember 2014 akibat kejadian tanah runtuh kembali dibuka kepada lalu lintas bermula pukul 12 tengahari ini .

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kejadian tanah runtuh di tiga lokasi itu berlaku disebabkan faktor cuaca yang turut menyebabkan banjir besar di Kelantan tahun lalu.

“Kerja- kerja pembaikian telah dilaksanakan oleh Jurutera Jajahan Gua Musang bersama syarikat konsesi Roadcare Sdn Bhd. Tiga daripada lokasi tersebut telah siap dibina jalan lencongan dengan kaedah penanaman cerucuk keping serta membersihkan lokasi runtuhan.

“Lokasi terakhir adalah di Seksyen 110.2 melibatkan kerja-kerja meletupkan dan membersihkan batuan besar di atas jalan raya dan membuang batuan dan tanah longgar pada permukaan cerun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Fadillah berkata, semakan terakhir Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan pada 14 Febuari lalu berpuas hati bahawa segala peraturan telah dilaksanakan dan telah mencapai tahap keselamatan untuk membolehkan laluan itu dibuka untuk kegunaan awam.

“Dengan ini saya mengisytiharkan Laluan FT185 Lojing – Gua Musang di buka semula kepada awam bermula pada 16 Februari 2015 pukul 12 tengahari.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk membolehkan satu dari laluan utama negara ini disiapkan untuk kegunaan rakyat,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori