Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Maki Mufti Kerana...

BOLEH untuk tidak bersetuju tapi BERADABLAH. Apatah lagi kepada orang yang berilmu atau...

Atlet Wushu Choon How...

KUALA LUMPUR - Selepas mengakhiri tahun ini penuh cemerlang dengan dinobatkan sebagai pemenang...

Rekod Straw Paling Banyak...

NEW DELHI - Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia...

Diplomat Asing Turut Dijemput...

PUTRAJAYA - Diplomat asing yang berada di negara ini turut dijemput untuk menghadiri...

Lebih 15,000 Kes Denggi Direkod Sehingga 7 Feb

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,039 kes denggi direkodkan sejak awal tahun sehingga 7 Februari lepas, meningkat 59 peratus atau 5,586 kes berbanding 9,453 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan 44 kematian bagi tempoh berkenaan berbanding 17 bagi tempoh sama dalam 2014.

“Bagi 2015, kes denggi didapati meningkat setiap minggu dan pada minggu kelima (1 hingga 7 Februari) sahaja, 3,037 kes denggi dengan lapan kematian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, dua negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang dengan 40 kes (60.6 peratus) dan Kedah dengan empat kes (19 peratus).

Katanya, analisis Kementerian Kesihatan menunjukkan 166 daripada 269 kawasan panas masih mempunyai kadar pembiakan nyamuk Aedes lebih satu peratus.


“Situasi ini sangat kondusif untuk penyebaran virus denggi terus berlaku disebabkan nyamuk Aedes,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau menambah 61 peratus daripada tempat pembiakan Aedes didapati berlaku di kediaman, dan ini memerlukan aktiviti pembersihan dilakukan setiap minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori