Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bayi Diserang Dan Cuba...

KUANTAN - Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan...

Wanita Ini Nampak Macam...

SEKALI imbas, ramai yang pasti sangka wanita ini seorang pelakon atau mungkin pekerja pusat kecantikan....

Rasuah: 4 Pegawai Imigresen...

IPOH - Empat pegawai Imigresen ditahan reman tujuh hari kerana disyaki meminta dan...

Rindu Dengan Keluarga, Shakilla...

KATA orang, air tangan isteri menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Jadi di bulan...

Lebih 260,000 Anak Penyu Dilepaskan Ke Laut Tahun Lepas

KUALA TERENGGANU – Projek Konservasi Penyu yang dilaksanakan Jabatan Perikanan Terengganu berjaya melepaskan lebih 260,000 anak penyu ke laut untuk usaha pembiakan sepanjang tahun lepas.

Pengarah Perikanan Negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata ia membabitkan 261,519 ekor anak penyu Agar dan 2,795 ekor anak penyu Karah bagi memastikan populasi penyu tidak mengalami kepupusan pada masa akan datang.

“Tahun lepas, pihak kita telah mengeramkan 357,527 biji telur penyu Agar dan 4,174 biji telur penyu Karah untuk tujuan tersebut di kawasan pantai yang diwartakan Jabatan Perikanan selain membeli telur penyu daripada pemajak pantai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain telur penyu, beliau berkata pihaknya juga memperoleh 232 sarang tuntung laut dengan jumlah telur 2,644 biji sepanjang tahun lepas.


Namun, katanya, hanya hampir 1,000 daripada jumlah telur tuntung laut berkenaan dapat ditetaskan dan dilepaskan ke laut bagi tujuan pembiakan.

Katanya Jabatan Perikanan Negeri menerima peruntukan RM460,000 daripada kerajaan negeri dan RM80,000 daripada kerajaan persekutuan untuk program pengurusan penyu negeri tahun lalu selain bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Tabung Hidupan Liar (WWF) serta badan korporat.

Bagi tahun ini, katanya, pendaratan penyu dijangka meningkat di Terengganu memandangkan pada Januari sahaja, jabatannya mencatatkan lebih 10 pendaratan penyu Agar di Pulau Redang di Setiu dan Pantai Ma’daerah di Kemaman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori