Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Leman Raja Lawak Kena...

BEKAS peserta Raja Lawak musim kelima mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual...

Tiada Aduan Rasmi Pekerja...

PENDANG - Tiada aduan rasmi mengenai pekerja diberhentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan...

Anggota Parlimen Sepang Semakin...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang tidak sedarkan diri...

Real Madrid Cuba Pancing...

MADRID - Real Madrid cuba memancing khidmat penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris...

Legoland Anjur Program Hasilkan Limau Guna Blok Lego

JOHOR BAHRU – Legoland Malaysia Resort mengambil inisiatif menganjurkan beberapa program bersempena perayaan Tahun Baharu Cina termasuk memberi peluang kepada pengunjung menghasilkan 1,888 buah limau Mandarin menggunakan blok lego.

Pengurus Besarnya Mark Germyn berkata penghasilan lego limau sebagai tarikan terbaharu di taman tema berkenaan bermula hari ini sehingga 22 Feb depan, dan akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai penghasilan lego buah limau terbanyak di negara ini pada 6 Mac.

“Kesemua 1,888 biji buah limau itu akan dihasilkan menggunakan 69,856 blok lego. Penghasilan sebiji limau itu memerlukan penggunaan 37 blok lego,” katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan tarikan baharu bersempena Tahun Baharu Cina, di taman tema berkenaan, di sini, hari ini.

Germyn berkata limau Mandarin dianggap simbol ‘nasib baik’ bagi masyarakat Cina dan orang ramai diharap menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka dalam menghasilkan limau berkenaan.


Menurutnya selain itu, Legoland Malaysia turut mengadakan tarikan ‘Make A Wish’ iaitu pengunjung yang berminat boleh menulis hajat mereka pada sekeping kad yang kemudiannya digantung di pokok di taman tema berkenaan, bermula awal bulan ini hingga hujung bulan ini.

“Satu daripada ribuan kad hajat yang digantung di beberapa batang pokok di pintu masuk taman tema itu akan dipilih untuk ditunaikan pada 6 Mac,” katanya.

Germyn berkata pihaknya berharap dengan adanya aktiviti seumpama itu, ia dapat mengeratkan institusi kekeluargaan sempena Tahun Kambing berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori